skstmb.zoom-a.com
SEKOLAH KEBANGSAAN ST. MARK (M) BUTTERWORTH
Jalan St. Mark, Tel : 043311881, Faks : 043311881
e-mel : skstmb@zoom-a.com
| PERASMIAN | LAMAN UTAMA | PANORAMA | KATA ALU-ALUAN | SEJARAH | FALSAFAH PENDIDIKAN | FALSAFAH SEKOLAH | LOGO SEKOLAH | VISI & MISI | DOA SEKOLAH | LAGU SEKOLAH | STAF AKADEMIK | STAF SOKONGAN | PIBG | ENROLMEN PELAJAR | KEPUTUSAN UPSR | KURIKULUM | KOKURIKULUM | BERITA TERKINI | AKTIVITI | PAUTAN | BUKU PELAWAT | MARQUEE | Untitled |


SEKAPUR SIRIH DARIPADA
GURU BESAR SK ST MARK BUTTERWORTH                      

                                                                                                     
                       

Salam Sejahtera dan Salam 1Malaysia,

Saya mengambil kesempatan di sini bagi pihak barisan pentadbiran sekolah, guru-guru di SK St Mark Butterworth, Pengerusi dan Ahli Jawatankuasa PIBG, dan kakitangan serta para pelajar mengucapkan berbanyak terima kasih kepada semua pengunjung yang sudi melayari laman web sekolah ini.

Semoga laman web ini akan menjadi satu contoh dalam merealisasikan konsep 1Malaysia dan hubungan muhibah di antara satu sama lain tanpa mengira latar belakang, demi bersama-sama mempertingkatkan kemajuan dan kecemerlangan Sekolah Kebangsaan St Mark Butterworth ke dalam arus pendidikan perdana di negara kita yang tercinta. 

Oleh yang demikian, saya sangat berharap semoga barisan pendidik di sekolah ini akan mempertingkat kegigihan dan bakti mulia untuk sentiasa menjana kecemerlangan sekolah kita ke mercu yang lebih gemilang. Saya sentiasa menaruh keyakinan bahawa barisan pendidik di sekolah ini berkemampuan menaburkan bakti untuk memperkasa lagi sekolah ini.

Di samping itu, saya juga berharap semoga para pelajar dapat mempertingkat ketekunan dalam usaha menimba ilmu, terutama untuk mencapai perkembangan secara menyeluruh dari segi intelek, rohani emosi dan jasmani. Sesungguhnya, ilmu dan pengetahuan akan menjadi obor yang sangat berguna dalam hidup sepanjang zaman.

Akhir kata, terima kasih kepada semua pihak yang telah menyumbangkan fikiran dan tenaga dalam usaha membangunkan laman web ini. Mudah-mudahan sekolah ini akan terus cemerlang, gemilang dan menjadi terbilang suatu hari nanti.

"1MALAYSIA, PELAJAR DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN"

"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"

HARWAN SINGH A/L HARBHAJAN SINGH

Guru Besar

SK St Mark Butterworth




Zoom A - Program Pembelajaran Secara Interaktif Melalui Internet Yang Tercanggih Di Malaysia

Pelawat: