skstmb.zoom-a.com
SEKOLAH KEBANGSAAN ST. MARK (M) BUTTERWORTH
Jalan St. Mark, Tel : 043311881, Faks : 043311881
e-mel : skstmb@zoom-a.com
| PERASMIAN | LAMAN UTAMA | PANORAMA | KATA ALU-ALUAN | SEJARAH | FALSAFAH PENDIDIKAN | FALSAFAH SEKOLAH | LOGO SEKOLAH | VISI & MISI | DOA SEKOLAH | LAGU SEKOLAH | STAF AKADEMIK | STAF SOKONGAN | PIBG | ENROLMEN PELAJAR | KEPUTUSAN UPSR | KURIKULUM | KOKURIKULUM | BERITA TERKINI | AKTIVITI | PAUTAN | BUKU PELAWAT | MARQUEE | Untitled |

SEJARAH
SEKOLAH KEBANGSAAN ST MARK (M) BUTTERWORTH
Sekolah Kebangsaan St Mark (M) telah diasaskan 124 tahun yang lalu iaitu pada tahun 1885 oleh mendiang Rev. H Mcdougal Courtney dari “Province Wellesley 
Anglican Mission” yang ditubuhkan dalam tahun 1878 , akan tetapi selepas kematian beliau dalam tahun 1898 , sekolah ini ditutup.
Sekolah Kebangsaan St. Mark (M) Butterworth ini telah dihidupkan semula pada tahun 1901 oleh mendiang En. W.G. Gray. En. W.G. Gray , bekas guru Penang Free School , telah memulakan sekolah Inggeris di Butterworth. Sekolah ini terletak di No. 338 , Jalan Telaga Air, Butterworth (berhampiran dengan SRJK(C) Chung Hwa 1) .          
Ia sebenarnya kediaman seorang nyonya Cina yang secara sukarela menyewa premisnya kepada En. Gray tanpa bayaran. Kelas dimulakan oleh En. Gray sendiri dengan pendaftaran 30 pelajar dari Tahun 1 hingga Tahun 4. Pertambahan dalam bilangan murid telah menyebabkan premis sekolah tidak dapat menampung lagi murid. Oleh itu, sekolah Inggeris ini terpaksa berpindah ke satu tapak yang baru di Jalan Bagan Luar, berhampiran dengan panggung wayang Rex. 
Cabaran Tahun 1930 an
Sekitar tahun 1930 an merupakan titik hitam dalam sejarah sekolah. Masalah premis sekolah sentiasa menghantui pentadbir sekolah. Berbagai usaha 
dilakukan untuk mengatasi masalah ini tetapi tidak berjaya. Mujurlah pada ketika itu kerajaan telah membina sebuah sekolah Melayu yang baru di Jalan 
Mengkuang, jadi premis lama sekolah Melayu itu dipinjamkan kepada sekolah mubaligh untuk sementara waktu. Masalah demi masalah telah melanda 
sekolah ini. Pencapaian akademik sekolah ini mula merosot. Pihak sekolah terlalu memberi tumpuan kepada menyelesaikan masalah premis sehingga 
mengabaikan pelajaran pelajar-pelajar. Jemaah Nazir Sekolah berasa tidak puas hati dengan pencapaian sekolah ini dalam peperiksaan tahunan kerajaan.  
Mereka mencadangkan sekolah ini ditutup.

Dalam tahun 1930, Inspektor of School pada masa itu telah memutuskan untuk menutup Sekolah St. Mark, Butterworth. Namun nasibnya baik Bishop of Singapore 
telah membantu dengan menghantar pembantu kanan beliau mendiang Rev. Romanis Lee untuk mempertahankan Anglican Mission untuk meneruskan 
Sekolah St. Mark, Butterworth.

Demi menunjukkan kesungguhan dan keazaman beliau untuk meneruskan kewujudan Sekolah St. Mark, Butterworth, mendiang telah menderma segala
hartanya untuk membiayai  usaha tersebut. Bagi mengingati sumbangan ikhlas dan juga jasa-jasa mendiang dewan sekolah telah dinamakan “ Romanis Lee Hall”
Bantuan Daripada Sekolah St. Andrew’s
Ekoran daripada cadangan Rev. Romanis Lee, En. Dong Chui Sing yang sedang berkhidmat di Sekolah St. Andrew’s, Singapura dihantar untuk menyusun semula Sekolah St. Mark, Butterworth.
Dengan kesedaran akan kepentingan tugasnya En. Dong telah menetapkan 2 objektif utama yang mesti dicapai.
 
Objektif yang pertama adalah menaikkan imej dan prestasi Sekolah St. Mark dan objektif yang kedua adalah untuk memastikan Sekolah St.  Mark mempunyai bangunan sendiri yang tetap.
Untuk mencapai objektif pertama, Encik  Dong  telah  mempertingkatkan  aktiviti pembelajaran  dengan mengadakan kelas tambahan selepas kelas rasmi
sebagai persediaan menghadapi peperiksaan kerajaan. Encik Dong sendiri telah memberi bimbingan dan tunjuk ajar dalam kelas tersebut .
 
Dengan tercapainya objektif yang pertama, Encik Dong telah memulakan kempennya untuk mengutip derma  dan  hasilnya  tidak mwnghampakan. Sebuah bangunan papan 2 tingkat yang mempunyai 9 bilik darjah dan sebuah bilik pejabat berjaya dibina. Bangunan itu terletak di Jalan St. Mark’s dengan keluasan dua ekar. 
Ia wujud sehingga kini .
Pada penghujung tahun 1940 Encik Dong bersara dan
kembali ke Singapura. Pengganti Encik Dong , iaitu Encik Tan Ah Hung. Encik Tan Ah Hung berkhidmat selama 1 tahun (Januari 1940 hingga Disember 1941). Pada 8 Disember 1941, Sekolah St. Mark telah didduduki oleh tentera Jepun. Sepanjang pendudukan Jepun Sekolah St. Mark telah kehilangan perkakasan dan peralatan, malah papan dinding bangunan sekolah diguna sebagai kayu api semasa perang .

Era Selepas Perang
 
En. Tan Ah Hung membuka semula sekolah St. Mark pada 15 Oktober 1945. Masalah utama yang dihadapi adalah kekurangan meja dan kerusi. Encik Tan Ah Hung telah merayu kepada ibu bapa pelajar-pelajar dan dermawan agar menderma kerusi dan meja kepada sekolah. Hasilnya sekolah St. Mark’s dipenuhi kerusi meja yang berbagai saiz.
Menjelang 1950, pendaftaran pelajar meningkat dengan banyaknya, bilik darjah yang sedia ada tidak dapat menampung permintaan murid lagi. Berkat usaha En. Tan Ah Hung, sejumlah wang dapat dikumpulkan dan 4 buah bilik darjah, sebuah perpustakaan dan sebuah dewan dibina bersambung dengan bangunan yang sedia wujud. Pembinaan bangunan tambahan ini dapat dijayakan dengan bantuan Rev. Romanis Lee. Beliau telah mendermakan segala wang simpanan tuanya kepada projek tersebut. Demi memperingati jasa beliau dewan dibina itu dinamakan Dewan Roamis Lee . 

Sekolah St. Mark Butterworth telah dipindahkan ke lokasi kini pada tahun 1950 dan bangunannya yang terdahulu telah dibuka secara rasmi oleh Bishop of
Singapore, mendiang Rev. H.W.Baaines pada 28 Julai 1950. Pada Januari 1957 atas arahan kerajaan , Sekolah St Mark telah dipisahkan kepada Sekolah
Rendah St. Mark yang terus kekal di Jalan St. Mark dan Sekolah Menengah St Mark yang telah berpindah ke premis baru di Bagan Ajam.
Bangunan pejabat sekolah

Bangunan Makmal sekolah


Bangunan kantin sekolah

Bangunan Perpustakaan sekolah



Zoom A - Program Pembelajaran Secara Interaktif Melalui Internet Yang Tercanggih Di Malaysia

Pelawat: